Wednesday, November 6, 2013

Mesyuarat PHK 2013

Sepanjang tahun 2013, ahli jawatankuasa Persatuan Hospis Kedah (PHK) telah menjalankan beberapa mesyuarat bagi memperkasakan organisasi serta merangka segala aktiviti persatuan. Dimulakan dengan Mesyuarat AJK PHK Bil 1 di bilik Mesyuarat Bahagian Perubatan JKN pada 26 Febuari, yang di pengerusikan oleh Dr. Harif Fadzilah. Di tempat yang sama pada 23 April, Mesyaurat AJK PHK Bil 2  telah di adakan bagi membincangkan minit mesyuarat yang lepas, malah, dengan sebulat suara oleh semua AJK PHK telah membuat keputusan untuk memjalankan sambutan “Hari Hospis Sedua” di Hospital Langkawi pada 7 November 2013.

Pada 11 Mei, PHK telah mengadakan Mesyuarat Agung PHK Kali Ke-13 di Auditorium Hospital Sultanah Bahiyah. Sebelum mesyuarat bermula, terdapat taklimat ringkas tentang “Human Papilloma Virus Vaccination” untuk memberi beberapa maklumat dan pengetahuan kepada semua hadirin. Selain itu, dengan usahasama MSD & PHK telah mempromosikan suntkan vaksinasi HPV di kalangan wanita dan lelaki yang disampaikan oleh Dr. Sri Wahyu. Aktiviti berikutnya adalah tentang CME “Oxygen Concentrator” – Lifeline Innovators dan CME “New generation of dressings” – UiTM Coloplast. Selesai beberapa taklimat yang berkaitan, mesyuarat bermula bagi membincangkan isu-isu yang terkumpul serta perancangan-perancangan yang merancakkan lagi aktiviti yang akan dijalankan dimasa akan datang.

Siri-siri Mesyuarat AJK diteruskan pada bulan-bulan berikutnya, iaitu pada 10 Julai yang diadakan Mesyuarat AJK Bil 3, pada September dengan Mesyuarat AJK Bil 4 dan pada Oktober disusuli dengan Mesyuarat AJK Bil 5. Semua mesyuarat telah dijalankkn di bilik Mesyuarat Bahagian Perubatan JKN.

 

No comments:

Post a Comment