Wednesday, November 6, 2013

Sambutan Hari Hospis dan Paliatif Sedunia

Program             : Sambutan Hari Hospis dan Paliatif Sedunia

Tema sambutan : Achieving Universal Coverage of Palliative Care: Dispelling The Myths
 
Tarikh                : 7 November 2013 (Khamis)
 
Tempat              : Langkawi

Bengkel Cancer Pain Management and Palliative Care

Bengkel ‘Cancer Pain Management and Palliative Care’ Zon Utara (Perlis, Pulau Pinang & Kedah) telah di adakan pada 2 dan 3 Oktober 2013 di Kolej Kejururawatan Alor Setar. Ia adalah anjuran bersama JKN Bahagian Perubatan, Hospital Selayang dan Persatuan Hospis Kedah. Penceramah utama yang diundang adalah Dr Richard Lim Boon Leong di bantu oleh Dr Fazlina dan dua Pakar Bius dari Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. PHK telah menghantar seramai 35 peserta dari seluruh negeri Kedah. Program sangat berfaedah dan memberangsangkan semua peserta. Hari pertama bengkel ini menekankan tentang aspek cancer pain, manakala pada hari kedua, ia mengenai paliatif.

Kursus Hospis dan Rawatan Paliatif

Pada 15 September 2013, pasukan Hospis Daerah Bandar Baharu telah mengadakan kursus penjagaan pesakit kanser yang bertemakan ‘Hospis dan Rawatan Paliatif’.

 Rajah 1: Penceramah jemputan sedang memberi taklimat
 
 Rajah 2: Peserta tekun mendengar taklimat yg disampaikan

Rajah 3: Peserta memberi tumpuan yang sepenuhnya

 
Rajah 4: Peserta idak melepaskan peluang untuk mencatat nota-nota penting 
 
Rajah 5: Peserta memberi fokus dan catatan sesuatu tentang taklimat

Lawatan dan Sumbangan Aidil Fitri

Semangat dan kemeriahan hari raya dikongsi bersama-sama di mana, PHK telah mengadakan lawatan ke rumah pesakit untuk memberi sumbangan Aidil Fitri pada 1 Ogos 2013. Tulang belakang yang menguatkan aktiviti ini digalas oleh Pasukan Hospis Bandar Baharu.
 
Rajah 1: Bergotong-royong menyediakan juadah hari raya bersama
 
 Rajah 2: Makanan yang disediakan oleh sepasukan ahli PHK
 

Hari Karnival Penyayang Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB)

Hari Karnival Penyayang YSB telah diadakan pada 28 dan 29 Jun 2013 di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar. Hospis telah mengadakan pameran dan acara ringkas seperti kuiz mengenai kanser, teka gula dan lain-lain. Petugas yang bertugas pada karnival tersebut adalah ahli-ahli PHK dari daerah Kota Setar, Pendang, Yan dan Baling. Dianggarkan, seramai 200 orang pengunjung telah mengunjungi booth PHK.

Jumble Sale Hospital Jitra

Bertempat di Ruang Legar Hospital Jitra pada 26 Jun 2013, PHK akan mengadakn jualan amal yang mana telah diadakan pameran dan promosi mengenai untuk menarik lebih ramai yang menyertai PHK serta mengutip sumbungan untuk tabung PHK.

Jemputan oleh Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB)

PHK telah menerima geran tahunan dari YSB pada 11 Jun 2013. Atas jemputan oleh Yayasan Sultanah Bahiyah yang bertempat di Dewan Bankuet, Kelab Kedah darul Aman Di Raja, Pumpong Alor Setar, PHK telah di wakili oleh JK Siti Hajar Mohd Nor dan Puan Azizah Ariffin sebagai wakil yang menerima geran tersebut.
 

Menyerahkan Oxygen Concentrator

Pada 31 Mei 2013, Dr Sri Wahyu telah mewakili PHK menyerahkan satu unit Oxygen Concentrator kepada Dr Ilyana, sebagai mewakili Pengarah Hospital Jitra. Manakala, untuk penyerahan unit kedua pula adalah kepada Hospital Langkawi pada 7 Jun 2013 yang mana Dr Mohamed Ali mewakili PHK dalam penyampaian Oxygen Concentrator kepada wakil Hospital Langkawi.















Kursus Perkhidmatan Paliatif & Jati Diri Peringkat Negeri Kedah

Kursus Perkhidmatan Paliatif & Jati Diri Peringkat Negeri Kedah telah diadakan selama  dua hari, iaitu pada 27 dan 28 Mac 2013 dengan kerjasama diantara PHK dan Hospital Sultan Abdul Halim. Seramai lebih dari 100 orang telah menghadiri kursus ini dengan diwakili oleh semua daerah di Kedah.

Seminar Kebangsaan National Council Women’s Organization (NCWO)

Bertempat di bangunana MPKS di Alor Setar, pada 16 Februari 2013, berlansungnya Seminar Kebangsaan-National Council Women’s Organization (NCWO). Oleh itu, seramai empat orang wakil dari PHK telah menyertai seminar tersebut untuk mendapatkan serta berkongsi ilmu pengetahuan.

Program Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung

Pada awal tahun ini, bertarikh 24 dan 25 Januari 2013, di Kota Marina Kuala Kedah, Program Gabungan Pelajar Melayu (GPM) Semenanjung telah diadakan dimana PHK telah menjalankan pameran dan aktiviti promosi di sana. Para kunjungan yang hadir agak menggalakkan iaitu melebih daripada 100 orang.

Mesyuarat PHK 2013

Sepanjang tahun 2013, ahli jawatankuasa Persatuan Hospis Kedah (PHK) telah menjalankan beberapa mesyuarat bagi memperkasakan organisasi serta merangka segala aktiviti persatuan. Dimulakan dengan Mesyuarat AJK PHK Bil 1 di bilik Mesyuarat Bahagian Perubatan JKN pada 26 Febuari, yang di pengerusikan oleh Dr. Harif Fadzilah. Di tempat yang sama pada 23 April, Mesyaurat AJK PHK Bil 2  telah di adakan bagi membincangkan minit mesyuarat yang lepas, malah, dengan sebulat suara oleh semua AJK PHK telah membuat keputusan untuk memjalankan sambutan “Hari Hospis Sedua” di Hospital Langkawi pada 7 November 2013.

Pada 11 Mei, PHK telah mengadakan Mesyuarat Agung PHK Kali Ke-13 di Auditorium Hospital Sultanah Bahiyah. Sebelum mesyuarat bermula, terdapat taklimat ringkas tentang “Human Papilloma Virus Vaccination” untuk memberi beberapa maklumat dan pengetahuan kepada semua hadirin. Selain itu, dengan usahasama MSD & PHK telah mempromosikan suntkan vaksinasi HPV di kalangan wanita dan lelaki yang disampaikan oleh Dr. Sri Wahyu. Aktiviti berikutnya adalah tentang CME “Oxygen Concentrator” – Lifeline Innovators dan CME “New generation of dressings” – UiTM Coloplast. Selesai beberapa taklimat yang berkaitan, mesyuarat bermula bagi membincangkan isu-isu yang terkumpul serta perancangan-perancangan yang merancakkan lagi aktiviti yang akan dijalankan dimasa akan datang.

Siri-siri Mesyuarat AJK diteruskan pada bulan-bulan berikutnya, iaitu pada 10 Julai yang diadakan Mesyuarat AJK Bil 3, pada September dengan Mesyuarat AJK Bil 4 dan pada Oktober disusuli dengan Mesyuarat AJK Bil 5. Semua mesyuarat telah dijalankkn di bilik Mesyuarat Bahagian Perubatan JKN.

 

Monday, November 4, 2013

AHLI JAWATAN KUASA PERSATUAN HOSPIS KEDAH 2013


NAMA
JAWATAN PHK
TEL. NO.
DR HARIF FADZILAH CHE HASHIM
PENGERUSI
019-4750052
DR MOHAMED ALI MOHD NADHAR KHAN
NAIB PENGERUSI
013-4534192
DR SRI WAHYU TAHER
SETIAUSAHA AGUNG
013-4376513
FAEJAH JOHARI
PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG
019-4171758
SITI HAJAR MOHD NOR
BENDAHARI
012-5304947
AZIZAH ARIFFIN
AJK
016-4436446
LUM YOKE KHENG
AJK
012-4803498
TEH SAIDON
AJK
013-4702309
HALILJAH BIBI TAJUDDIN
AJK
013-4660983
ROHANI SALLEH
AJK
013-4301758
HAMIDAH AHMAD
PENYELARAS DAERAH LANGKAWI
019-4802490
KAMALAMBAL A/P G. MUTHUSAMY
PENYELARAS DAERAH KULIM
017-5653583
SUNI A/P KLUN YANG JARO
PENYELARAS HSB
019-4404551
CHE SALMIAH JAAFAR
PENYELARAS DAERAH KUBANG PASU
012-4220315
­­­­SALMAH ARIFFIN
PENYELARAS DAERAH KOTA SETAR
012-4117141
SITI HALIJAH ABDULLAH
PENYELARAS DAERAH PADANG TERAP
013-4521094
MAZNI JOHARI
PENYELARAS DAERAH BANDAR BAHARU
017-4583506
NOOR AZIAN MD LUDIN
PENYELARAS DAERAH BALING
019-5631376
RAJSAYDA RUZARRY ABD RAHMAN
PENYELARAS DAERAH SIK
019-4564991
MAIMUNAH MD NOOR
PENYELARAS DAERAH PENDANG
019-4563136
RUSLIZA ABDUL HAMID
PENYELARAS DAERAH YAN
019-4732468
SALEHA AWANG BESAR
PENYELARAS DAERAH KUALA MUDA­
019-456869