Thursday, March 4, 2010

PROGRAM LAWATAN KE SONGKLA/HAATYAI THAILAND

Lawatan Ke Songkla & Haatyai, Thailand.
12 & 12 Disember 2008.

# Lawatan dicadangkan oleh Pengerusi Biro Sosial dan Kebajiakan (En. N.S. Seelan)
# Objektif program:
     1) Memberi pendedahan kepada ahli Persatuan Hospis Kedah(PHK)
          kepada perawat Hospis dan paliatif yang dilakukan di negara jiran.
     2) Meluaskan pengalaman di dalam perawatan paliatif seperti yang
          diamalkan oleh anggota kesihatan di Thailand.
     3) Meninjau dengan lebih dekat perkhidmatan komuniti dan sosial yang
         dilaksanakan oleh Red Cross Society Province of
          Songkla dan Hospital University Songklanagarind Haatyai.
     4) Memberi pendedahan kepada ahli PHK mengenai kes-kes yang dirujuk
          kepada Pasukan Perawatan Paliatif(Palliative Care
          Team).

# 110 orang peserta menyertainya.

# 2 buah bas persiaran ditempah serta mengambil peserta yang menunggu di    perkarangan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Star dan Hospital Jitra.

# Perjalanan ke Haatyai mengambil masa selama 1jam setelah urusan imigresen di Bukit Kayu Hitam dan Danok, Thailand.

#Ketibaan rombongan di Hospital University Songklanagarind telah disambut mesra oleh Timbalan Pengarah Hospital University Songklanagarind, Pakar Perubatan selaku Ketua Pasukan Paliative Hospital University Songklanagarind dan Ketua Jururawat Dr. Somamai.


#Dr. Sri Wahyu Taher selaku Ketua Rombongan mewakili peserta rombongan PHK telah berucap dan menyampaikan salam hormat Pengerusi PHK kepada pihak hospital.

#Majlis sambutanjuga telah menyaksiakan presentasi dari Dr.Sakon Singha, Pakar Perubatan Paliatif University Hospital Songklanagarind mengenai aktiviti Pasukan Paliatif yang teleh diwujudkan sejak beberapa tahun lepas.

#Dr. Sakon Singha juga telah member penerangan mengenai rumah wakar yang telah didermakan kepada NGO untuk digunakan sebagai rumah tumpangan kepada pesakit dan waris yang memerlukan tempat tinggal ketika menerima rawatan kanser terminal dengan mengenakan kadar sewa yang sangat minimal. Rumah tersebut bertentangan dari hospital.

#Selesai majlis sambutan, peserta rombongan telah di bawa melawat ke unit-unit tertentu University Hospital Songklanagarind.

#Peserta berkesempatan melawat pesakit-pesakit yang telah dirujuk ke Pasukan Paliatif di wad-wad tertentu.

#Hospital ini mengandungi sebanyak lebih kurang 700 katil dan mengendalikan lebih 1,000pesakit lawatan klinik pakar setiap hari.

#Rombongan PHK telah berhenti rehat sebentar dan meneruskan perjalanan ke Governer's Office Province of Songkla untuk melawat Red Cross Society Province of Songkla.







#Peserta rombongan disajikan dengan persembahan tarian tradisional rakyat Thailand serta di akhiri dengan pertukaran cenderahati antara kedua pihak.

#Kemudian peserta PHK dibawa melawat ke pejabat Governer’s Office yang merupakan hadiah daripada keluarga diraja Thailand.

#Seterusnya, dipamerkan aktiviti Red Cross Society, dimana pada tahun 2008 sahaja, persatuan ini telah Berjaya mengumpul dana sebanyak 5juta baht hasil dari aktiviti-aktiviti penjanaan dana dan kebajikan yang telah dianjurkan dengan jayanya.

#Wang tersebut disalurkan kepada mangsa banjir dan bencana alam di beberapa kawasan termasuk di selatan Thai seperti Narathiwat, Yala dan Patani.

#Semua tenaga pekerja Red Cross Society adalah petugas separuh masa(part time) yang mana kebanyakan mereka adalah guru.



# Peserta meneruskan lawatan ke Songkla Beach sebelum bertolak ke Asian Hotel untuk penginapan.

#Makan malam disediakan oleh pihak penganjur PHK di sebuah restoran melayu-thai.

#Hari kedua lawatan adalah bebas. Peserta telah menghabiskan masa membuat lawatan persendirian dan membeli belah.

#Bas bertolak pulang ke Malaysia pada pukul 5petang dan perjalanan adalah lancar.