Wednesday, November 6, 2013

Sambutan Hari Hospis dan Paliatif Sedunia

Program             : Sambutan Hari Hospis dan Paliatif Sedunia

Tema sambutan : Achieving Universal Coverage of Palliative Care: Dispelling The Myths
 
Tarikh                : 7 November 2013 (Khamis)
 
Tempat              : Langkawi

Bengkel Cancer Pain Management and Palliative Care

Bengkel ‘Cancer Pain Management and Palliative Care’ Zon Utara (Perlis, Pulau Pinang & Kedah) telah di adakan pada 2 dan 3 Oktober 2013 di Kolej Kejururawatan Alor Setar. Ia adalah anjuran bersama JKN Bahagian Perubatan, Hospital Selayang dan Persatuan Hospis Kedah. Penceramah utama yang diundang adalah Dr Richard Lim Boon Leong di bantu oleh Dr Fazlina dan dua Pakar Bius dari Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. PHK telah menghantar seramai 35 peserta dari seluruh negeri Kedah. Program sangat berfaedah dan memberangsangkan semua peserta. Hari pertama bengkel ini menekankan tentang aspek cancer pain, manakala pada hari kedua, ia mengenai paliatif.

Kursus Hospis dan Rawatan Paliatif

Pada 15 September 2013, pasukan Hospis Daerah Bandar Baharu telah mengadakan kursus penjagaan pesakit kanser yang bertemakan ‘Hospis dan Rawatan Paliatif’.

 Rajah 1: Penceramah jemputan sedang memberi taklimat
 
 Rajah 2: Peserta tekun mendengar taklimat yg disampaikan

Rajah 3: Peserta memberi tumpuan yang sepenuhnya

 
Rajah 4: Peserta idak melepaskan peluang untuk mencatat nota-nota penting 
 
Rajah 5: Peserta memberi fokus dan catatan sesuatu tentang taklimat

Lawatan dan Sumbangan Aidil Fitri

Semangat dan kemeriahan hari raya dikongsi bersama-sama di mana, PHK telah mengadakan lawatan ke rumah pesakit untuk memberi sumbangan Aidil Fitri pada 1 Ogos 2013. Tulang belakang yang menguatkan aktiviti ini digalas oleh Pasukan Hospis Bandar Baharu.
 
Rajah 1: Bergotong-royong menyediakan juadah hari raya bersama
 
 Rajah 2: Makanan yang disediakan oleh sepasukan ahli PHK
 

Hari Karnival Penyayang Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB)

Hari Karnival Penyayang YSB telah diadakan pada 28 dan 29 Jun 2013 di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar. Hospis telah mengadakan pameran dan acara ringkas seperti kuiz mengenai kanser, teka gula dan lain-lain. Petugas yang bertugas pada karnival tersebut adalah ahli-ahli PHK dari daerah Kota Setar, Pendang, Yan dan Baling. Dianggarkan, seramai 200 orang pengunjung telah mengunjungi booth PHK.

Jumble Sale Hospital Jitra

Bertempat di Ruang Legar Hospital Jitra pada 26 Jun 2013, PHK akan mengadakn jualan amal yang mana telah diadakan pameran dan promosi mengenai untuk menarik lebih ramai yang menyertai PHK serta mengutip sumbungan untuk tabung PHK.

Jemputan oleh Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB)

PHK telah menerima geran tahunan dari YSB pada 11 Jun 2013. Atas jemputan oleh Yayasan Sultanah Bahiyah yang bertempat di Dewan Bankuet, Kelab Kedah darul Aman Di Raja, Pumpong Alor Setar, PHK telah di wakili oleh JK Siti Hajar Mohd Nor dan Puan Azizah Ariffin sebagai wakil yang menerima geran tersebut.